Friday 14 February 2014

Kau Pergi Jua.

Assalamualaikum..
Astagfirullahalazim Segala Puji Hanyalah untukmu yaAllah.
Memang tak disangkal lagi aku hamba yang terlalu tamak akan kebahagiaan.Setiap doa yang aku panjatkan hanya mahu bahagia di dunia dan akhirat.Entah mengapa itu yang aku mohon senantiasa.YaAllah, ibuku pergi jua. Terkadang aku rasakan ia seperti mimpi yang tiada sedarnya. Tidur yang tiada bangunnya. Bagai Ini semua khayalan di alam aku sendiri.YaAllah, aku tahu memang kekhilafan diriku menganggap semua ini bagai air yang lalu tanpa makna. Tetapi setiap derasan air itu telah banyak menyakitkan aku dan aku mula tersedar bahawa kehidupan ini tak semudah yang disangka.Emak,sempat 16 tahun je Intan dapat bersama mak. Mak tahu kehilangan mak buat kami adik beradik bagai nak gila.Tatkala pertama kali Intan melihat sekujur tubuh yang Intan sayangi, Rebah Intan mak. Jatuh luluh hati Intan. Mak tahu rasanya bagai ditembak dengan senapang tentera bertalu talu. Mak,waktu tu hanya Allah sahaja yang tahu betapa sakitnya Intan. Ini lah dugaan paling berat bagi Intan Mak. Mak kalau mak dapat melihat wajah sepinya ayah waktu tu. Pertama kali mak Intan melihat ayah menangis sebegitu. Bagai suatu semangat kami sudah hilang. Mak jika Intan dapat mengatakan Along bagai orang yang tiada hala tujunya hidup. Akak bagai orang gila meraung meratapi mak. Abang diam membisu tanpa sepatah kata. Hanya air matanya mengalir deras.Dan Intan bagai orang bodoh yang hilang semua kewarasannya. Mak, Terkadang takdir ini begitu berat mak. Tak tertanggung rasanya. Intan seorang balik sekolah tanpa mak. Mak walaupun mak tidak seperti ibu yang lain. Dapat masak untuk Intan, Dapat berjalan dengan Intan. Tapi mak lah yang paling berharga buat kami mak. Kalau bukan kerana ketabahan mak mengajar Intan erti kehidupan Intan takkan berjaya melalui semua ini. Mak, mak tahu kan Intan seorang yang bodoh. Intan takkan berjaya dalam pmr tanpa mak. Semuanya kerana mak. Kerana doa seorang ibu. Tapi mak, sekarang intan dah tak dapat doa itu mak. Entah bagaimana intan nak teruskan hidup tanpa mak. Siapa nak doakan Intan mak. Siapa nak beri Intan semangat mak. Siapa nak nasihatkan Intan mak? Mak jawablah makk! Kekadang Intan rasa hidup Intan seperti tiada pelanginya. Mak dugaan yang selama ni Intan simpan rapi dalam hati Intan sekarang Intan dah lepaskan semuanya mak. Intan tengok hati Intan punah. Mak tahu tak tiada apa yang dapat bandingkan mak. Intan pernah memohon bertukar nyawa Intan dengan kesihatan mak. Tapi mak? Allah lebih sayangkan mak. InsyaAllah mak intan masih ada iman. Intan tahu mak dah penat dah tak larat nak sakit ni kan mak? Takpe mak, mak peganglah janji Allah. Mungkin didunia kita tak bahagia seperti orang lain. Tapi diakhirat insyaAllah intan yakin mak dah bahagia. Mak mesti dah jalan jalan ngan kakak kan? mak janganla lupa intan kat sini.Intan rindu mak. Intan sayang mak. Kakak jaga mak ye. Intan tahu kakak dah terlalu rindukan mak. Mak pun cakap mak nak jumpa kakak. Kak nanti Intan datang. Intan nak jumpa mak. Intan nak peluk mak. Kejap pun takpe. Mak tunggu intan kat syurga ye. Dulu arwah acik tak sempat nak jumpa adam. Sekarang mak tak sempat nak jumpa adik adam. Mak kesian baby tu mak. Mesti dia nak keluar cepat sebelum mak pergi. Mak doakan baby tu sihat tau. Kesian intan tengok along. Semua nak salahkan dia sebab baby tu lahir tak cukup bulan. Dorang bodohkan mak. Intan benci dorang mak. Along dah cukup menderita. Even adam pun boleh faham keadaan along. Mak walaupun Intan dah tak dapat doa daripada mak. Intan harap Allah tak pesongkan hati Intan mak. Mak doakan Intan ye makk. Ayah,Along,Akak,Abang, walau semangat kita dah hilang. InsyaAllah kekuatan kita masih ada. Allah sayangkan mak. Mak senantiasa tengok kita kan. Along kuat ye. Nanti macam mana Intan nak kuat. Along kene ingat anak along. Kesian mereka Along.  Mak betapa berharga nya mak dalam hidup Intan. Intan mohon Ampun Maaf dari mak sejak Intan dilahirkan di muka bumi ini. Terima kasih mak jaga Intan. Layan karenah Intan sampai Intan dah berjaya. Mak tau salah satu sebab kenapa Intan nak jadi scienties?? Sebab Intan nak cari ubat untuk mak. Intan nak jalan jalan dengan mak. Walaupun mak dah takde. Intan tetap nak teruskan mak. Intan nak tolong orang. Mak doakan Intan ye. InsyaAllah kan mak. Allah sayang kita semua. Al-Fatihah.

7 comments:

  1. Sje nk wat aku nngis kannn! Meleleh air mata aku. Sobs sobs. :'( -izzati zainal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak pernah buat kau nanges kan. Sesekala. Maafla X'P

      Delete
    2. WAaaa... x pe muu. :'P Hope kau tbh. :') im always support u Opah!! :'D

      Delete
    3. Hak alah -..-" InsyaAllah Intan kan dah besar x'') Terimas

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Stay strong :').. Mak kau mesti nak tengok kau jadi seorang scientist yang berjaya ..

    ReplyDelete