Friday 27 December 2013

Kepincangan dalam Akidah.

Hai Assalamualaikum,
Pembuka Indah Setiap Bicara.
Alhamdulillah, Segala puji hanyalah padaMu YaALLAH.
ALLAH tuhan semesta alam.Yang telah menciptakan Arasy di Alam Semesta Raya. Tempat dimana para Malaikat mengalunkan zikir bersama-sama memuji Yang Maha Berkuasa. Dialunkan dengan sungguh merdu sehingga menghasilkan gegaran seakan bunyi Lebah. ALLAH! Terlalu banyak rahsia di Alam Semesta ini. Yang telah dirungkap dan Masih banyak yang belum diungkapkan sama ada oleh Para Scienties mahupun Pakar Fizik Nuklear. Begitu besar KekuasaanMu sehinggakan seseorang hamba itu mengalirkan Air Mata kerana takut akan Kebesaran Mu YaALLAH. ALLAHUAKHBAR! Keagungan yang telah terlihat di depan Mata. Hanya Mata hati terlalu Buta.
Assalamualaikum lagi sekali :) Alhamdulillah, sedikit sebanyak Intan terbaca dalam buku Mastika tentang "Tersungkur Di Arasy". Sangatlah kecil pengetahuan Intan kalau tidak dirajinkan dan dipaksakan diri untuk menyelak helaian buku. Para Malaikat mengalunkan zikir dan menghasilkan bunyi yang merdu kerana mengangumi Para Nabi dan Rasul. Kita juga berpeluang menjadi makhluk yang dikagumi oleh para malaikat lalu para malaikat berzikir buat kita. Orang yang berpeluang ialah orang yang sentiasa mengingati ALLAH ketika berdiri, ketika duduk, Malah ketika baring dan mengamalkan segala perbuatan mengikut hukum syarak. Jauh sekali perkara itu ada dalam diri Intan. Tapi InsyaALLAH jika IMAN ini telah teguh dengan izin yang Maha Pencipta. Sebenarnya Intan nak berkongsi pengalaman sikit ^.^ ceh! bercuti pun tidak tetiba ada pengalaman kan? Pengalaman Intan bukan berdasarkan berapa kilometer Intan menaiki kereta. Alah bukan mcm buat karangan "Pengalaman" tu.. Yang ini atas dasar orang sekeliling Intan yang banyak menyedarkan Intan betapa pentingnya membuat baik dalam kehidupan. Kira Kita harus membuat baik terhadap ALLAH, sesama Manusia, Malah terhadap binatang juga. Rasanya mcm pernah belajar dalam agama bab mcm ni kan? Okay praktikkan dalam kehidupan seharian! Sebelum tu, Tidak dan takpayah fikir Intan dapat pengalaman ni dari mana oke! Ada seorang makcik tua yang boleh dipanggil "Opah". Sepanjang keberadaan dia di hospital tidak pernah pun terlihat sesiapa yang menjenguk atau bertanya khabar. Terlihat senyuman nya setiap kali terpandang akan wajahnya. Tapi, senyumannya seakan disembunyi oleh air mata dan hati yang telah lama memendam rasa. Mungkin terhadap anaknya. Jika kita berfikiran positif, mungkin anaknya keluar bekerja dan mungkin pulang lewat malam dan tiada masa untuk melawatnya emaknya. Tapi tiada rasa kasihankah pada mereka yg sudah tua yang mungkin ingin sekali meminta bantuan ketika sakitnya dia di hospital? Ya! memang para jururawat ada disekeliling makcik tersebut. Tapi simpati lah sedikit pada Dia yang sudah terlalu tua. Beberapa hari berlalu, Makcik yang layak dipanggil Opah bagi Intan, telah disahkan sihat dan boleh pulang. Hanya kesyukuran mungkin dipanjatkan kepada ALLAH. Dari pagi menunggu hadirnya petang. Tiada sebatang hidungpun terlihat sesiapa untuk mengambilnya. Dari bertudung hingga berskaf dan dari petang hingga malam tiada juga terlihat bayang makhluk yang dipanggil anak oleh wanita tua itu.Sehingga penatnya dia sampai ke subuh sehinggalah pada petang keesokkannya.Tiada juga wajah yang diharapkan untuk mengambil wanita itu. Ketika itu tersedar,Ada juga makhluk yang begini. Tiada rasa belas kasihankah mereka pada wanita tua itu? Mungkin masa lampaunya tidak menyenangi kita. Tetapi seburuk mana pun jua, rahim itulah yang pernah kamu bertapa selama 9 bulan. Bagai dalam drama. Seorang ibu tua menunggu kehadiran anaknya dengan penuh senyuman. Walau hatinya hampa ditanya jururawat beberapa kali bila anaknya mahu menjemput? Tapi dia tetap tersenyum. Ada air jernih di celahan mata si Ibu. YaALLAH. Bukan mahu menghukum sesiapa. Intan juga penuh khilafnya! Ada lagi seorang Ibu tua yang bercerita kisah hidupnya bersama anak-anaknya. Telah dilahirkan seramai 7 orang anak. Membesar dgn kadar kesihatan yang tinggi. Sihat Walafiat boleh dikatakan. Dimasukkan ke wad kerana sesak nafas. Biasalah warga tua yg sentiasa berpenyakit. Masih mempunyai suami yang sedang strok di rumah. Tidak terdaya menguruskan diri. Ibu tua itulah yang menjaga suami nya.Yang menyuapkan suaminya makan. Yang telah menukar pampers malah memandikan suaminya. Persoalan tertimbul apabila ibu tua itu dimasukkan ke hospital? Alhamdulillah ada anak bongsu nya yg sentiasa mengikut ibu tua tersebut dan menjaga nya di hospital. Tetapi yang menjaga ayahnya di rumah? Menurut ibu tua itu, ada beberapa lagi anak yang tinggal serumah dengannya walaupun sudah beristeri. Mungkin itu perkara biasa didengar. Tetapi ibu tua itu masih mempunyai kerutan risau akan suaminya di rumah. Allahuakhbar! sedihnya rasa pabila terdengar suaminya dihiraukan dirumah. Entah Makan, Entah Minum. Pampers nya entah bertukar? Entah Hidup?? Banyak persoalan yang bermain diminda wanita tua itu sehinggakan terpapar risaunya dia diwajahnya. Anak-anak yang dilahirkan dan dibesarkan selama berpuluh tahun perlu dibayar jika ibu tua tersebut meminta tolong menukarkan pampers ayahnya di rumah? Tidak rasa bersalahkah mereka? Ayah yg telah membanting tulang mencari rezeki untuk sesuap nasi walaupun dia berasa lapar? YaALLAH, selamatkanlah warga tua yang begitu perjalanan hidupnya. Tika aku tersedar, ada hikmah yang terjadi disetiap takdir Ilahi. Kisah dan pengalaman hidup wanita tua tersebut mmg benar berlaku di Alam realiti bukan Alam drama mahupun Filem sahaja. Mungkin dalam drama tidak memberi kesan atau impak pada hati kita untuk menghargai Kedua Ibu Bapa kita. Intan mohon dan berharap, Agar Intan dapat menjaga Mak dan Ayah tanpa sedikit pun rasa terbeban. Pengalaman ini dikongsikan untuk tujuan menyedarkan generasi Z yang semakin hampir dengan lembah kepesongan akidah. Intan bukanlah anak yang baik jauh sekali anak mithali yang diharapkan oleh setiap ibu bapa. Tetapi Intan memohon agar sifat belas kasihan juga kasih sayang tetap ada dalam diri untuk Intan pupuk menjadi anak yang baik. Maafkan Intan, Mak Ayah :'( Intan sayang Mak Ayah sampai Syurga ALLAH. Selagi Intan boleh berbakti kepada mereka yang bergelar Emak dan Ayah, Intan cuba. Kekhilafan diri Mohon diampunkan. Akhir kata, Sayangi lah mereka sepertimana Mereka menyayangi Kita ketika kita masih kecil. Wsalam~

No comments:

Post a Comment