Friday 13 December 2013

Perkaitan Antara Sujud dan Sains

Assalamualaikum ^.^ YaAllah rindu rindunya hahahh. Lamakan Intan tak update blog ni? ececey beria je sebenarnya. Okay harini Intan ada Topic Hottt! Gempak sangat. Khasnya buat makhluk ALLAH yang bergelar Islam. *-* sebelum tu senyum dulu. Baru ada feel gitu. Hahahh.. Intan tak berapa pandai sangat untuk mengulas. Cuma Intan terbaca dari Surat Khabar Sinar Harian. Dah lama sangat surat khabar ni. Tarikhnya pada Jumaat,20 September. Intan terjumpa dekat dapur. Hehe oke Intan mula mengulas.Sujud adalah salah satu rukun solat dan amalan yang paling disukai ALLAH sebagaimana dalam satu hadis daripada Huzaifah bahawa Rasulullah SAW telah berkata "Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh ALLAH daripada Dia melihat hambanya itu dalam keadaan Bersujud, Dengan meletakkan mukanya di tanah."(Riwayat Tabrani). Jika diteliti dan benar benar faham akan hadis yang disampaikan, Terselit dalamnya seribu makna, Berjuta hikmah kan? Pergerakan Sujud adalah seperti menundukkan kepala kepada ALLAH dengan meletakkan kepala di bumi dan menganggap diri Hina. Penulis buku keagamaan Karya Bestari, Dr Yazid Abdul Manap ada menjelaskan, dalam riwayat bukhari dan muslim, Nabi SAW berkata, "Aku diarahkan untuk sujud di atas tujuh anggota sujud : Di atas dahi (termasuk hidung) dan kedua-dua belah tangan dan kedua-dua lutut serta kedua-dua hujung jari. Dalam satu riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW pernah berkata, "Seorang hamba yang paling dekat dengan ALLAH iaitu ketika sedang bersujud."Oleh itu, perbanyakkanlah berdoa ketika bersujud.Dalam satu lagi Riwayat ada mengatakan bahawa ALLAH mengangkat Nabi Ibrahim ke maqam yang tinggi dan menjadikan beliau "Kawan Karib ALLAH" kerana Nabi Ibrahim lama dalam Bersujud. SubhanALLAH, sebenarnya Islam itu Amat Indah. Hanya kerana penganutnya sahaja Islam semakin mundur. Percaya kah kita? ALLAH menjadikan setiap satu perintah dan larangan Nya mengandungi beribu Hikmah? Hanya kita manusia yang goyah imannya buta akan keindahan yang di depan mata. Banyak lagi riwayat dari para Sahabat Rasulullah. Dan di dalam Al-Quran ada ceritanya. Dari segi sains nya, Sujud dikatakan mampu merehatkan jantung. Aktiviti dalam solat sebenarnya Adalah senaman yang paling bagus dan telah diakui oleh para saintis. Ketua Pakar Penyelidik Sains Solat, Fakulti Bio Perubatan, Universiti Malaya, Prof Madya Dr.Fatimah Ibrahim dalam kenyataannya, menjelaskan bahawa membengkokkan jari kaki dapat mengurangkan jisim lemak badan dan meningkatkan jisim tanpa lemak. Keadaan ini menyebabkan komposisi badan menjadi seimbang kerana penurunan kandungan kolestrol badan dan mengurangkan risiko penyakit merbahaya seperti strok dan jantung.Keadaan Bersujud mampu memanjangkan umur jantung dan mengelakkan pengecutan salur salur darah yang membawa kepada penyakit arteriosklerosis.Kadar denyutan yang paling rendah berlaku disebabkan kedudukan kepala yang lebih rendah daripada jantung ketika sujud.Pada keadaan ini, Jantung tidak perlu bekerja keras untuk mengepam darah ke bahagian otak kerana aliran darah dipengaruhi oleh daya tarikan graviti secara semulajadi.Hal ini juga akan menyebabkan otak menerima bekalan oksigen yang dibawa oleh aliran darah. Dengan keadaan itu, Otak menjadi lebih sihat dan cerdas kerana terdapat banyak bekalan oksigen. Peter Russell dalam bukunya The Brain Book mengatakan kedudukan kepala di bawah meningkatkan kemampuan otak sebanyak 7 peratus lebih cepat dan 14 peratus lebih tepat. Dalam buku How To Increase Your Intelligence, Winger mengatakan kemampuan otak bertambah pada kedudukan kepala di bawah kerana peningkatan oksigen. SubhanALLAH sungguh Agungnya ALLAH. Setiap detik pergerakan yang disuruhNya amat mendalam maknyaNya. Intan terasa bersyukur kerana ALLAH memberikan Intan pengetahuan untuk diamalkan. Intan bukan lah seorang yg cerdik jauh sekali pandai. Tetapi, InsyaALLAH dengan hidayah ini akan membuatkan Intan akan rajin menunaikan ibadah wajib iaitu Solat. MasyaALLAH. Tak terkata rasanya. Okay Intan sambung sikit lagi, Abdulullah al-Qari dalam bukunya 160 Faedah Utama Dalam Terapi Solat dan Padah Meninggalkannya mengatakan, Ketika turun bersujud tulang dada kita terangkat dan mara ke hadapan menyebabkan rongga dada kita membesar dan paru paru akan mengembang bagi menghirup udara bersih.Pakar sains mengatakan sujud ketika solat adalah waktu paling menggalakkan sistem pernafasan dan mengebalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Otot dan kumpulan urat juga turut membesar dan kuat bagi membantu pengaliran darah untuk memberi tenaga ke seluruh badan. Okeh Kesimpulannya disini, Terkandung banyaknya Hikmah dalam Bersujud. Bagi ibu mengandung juga terdapat banyak faedahnya aktiviti dalam solat untuk perkembangan bayi. Seperti rukuk dan sujud amat membantu kepada tumbesaran bayi. Jadi ALLAH tidak pernah membebankan hambanya dengan perkara yang sengaja melainkan terdapat manfaat di dalamnya. ALLAH itu maha Benar. Islam itu Amat Indah. Rasulullah ialah Hidayah ALLAH kepada manusia hingga Akhir Zaman. Intan tidak pernah terfikir sebesar ini Kekuasaan ALLAH kerana Intan tahu Intan hanya manusia yang lemah. SubnaALLAH. YaALLAH, Ampunkan Intan kerana Jahilnya Intan. Terima Kasih YaALLAH kerana Intan berpeluang dilahirkan dalam ISLAM. Kepada sahabat sekalian, Doakan Intan untuk dapat keputusan yang Cemerlang dalam Pmr..19/12/2013 tarikh keramat buat seluruh Batch98. Hahahahh..
Sumber daripada Surat Khabar Sinar Harian. Jumaat,20 September 2013. Lebih lanjut cari kat Mr.Google. Hehe..Yang Indah datangnya dari ALLAH. Yang Buruk Maafkan Intan. ^.^ Byebye Wasalam~

No comments:

Post a Comment