Friday 28 February 2014

Teori Big Bang

Assalamualaikum.Malam yang begitu Hening. Teringat kata-ii ustazah tadi. Tanda-ii kiamat semakin banyak. Seperti yang kita sendiri telah maklum bumi ini terlalu tua. Mungkin sudah penat menampung manusia yang seringkali membuat dosa. Kita ialah pendosa tanpa noktah yang mudah untuk berubah tetapi tidak untuk istiqomah dalam perubahan. Intan juga. Manusia yang sentiasa kufur dengan Nikmat Allah. Oleh kerana Intan tahu ramai juga dikalangan sahabat Intan ingin menjadi saintis yang berwibawa, Tak salah rasanya Intan nak berkongsi ilmu yang ada di dalam buku. Mungkin untuk menaikkan rasa ingin mencari dan mengkaji Bumi Allah akan lebih membuak buak. Satu topik yang menarik perhatian Intan ialah Teori Big Bang. Teori yang menjadi pegangan umum oleh para saintis berhubung permulaan alam semesta pada hari ini dikenali sebagai Teori Big Bang. Mengikut laporan yang terdapat di laman web NASA, dalam segmen Big Bang Cosmology, kejadian alam bermula 12 hingga 14 bilion tahun dahulu. Alam pada masa itu hanya berukuran beberapa milimeter sahaja.Sejak drpd tarikh itu ia sudah mengembang sehingga menjadi seperti apa yang kita lihat pd hari ini. SubhanaAllah. Mengikut Teori Big Bang. Alam ini pd asalnya bercantum padu kemudian berlaku suatu letupan yang kuat sekitar waktu kejadian alam bermula. Selepas itu berlaku pengembangan dan penyejukan sehingga akhirnya lahir bintang-ii, planet-ii, galaksi dan yang seumpamanya.Teori ini pd asalnya dicadangkan berasaskan formula General Theory Of Relativity yg diutarakan oleh Albert Einstein pd tahun 1915.Kemudian pd tahun 1922 seorang pakar fizik Rusia, Alexander Friedmann mengembangkan lagi teori ini dan dgn itu mengukuhkan teori Big Bang ini. Pada tahun 1929, seorg tokoh astronomi dari Amerika, Edwin Hubble menemui bukti-ii kukuh yg menyokong teori ini.Selain itu perkara yg dapat mengukuhkan lagi teori ini ialah dengan kewujudan gas helium dan sinaran radiasi secara seimbang di angkasa raya.Kajian mengenai tahap radiasi di angkasa raya dilakukan oleh pakar astrofizik dari Amerika,Arno Penzias dan Robert Wilson pd tahun 1965 dan penemuan ini disahkan oleh pakar-ii sains yg lain dgn menggunakan alat pengesan khas NASA yg bernama COBE spacecraft antara tahun 1989-1993.Dengan kewujudan alat yang lebih canggih dan kajian yang dilakukan telah menguatkan teori big bang ini.Pada hari ini Teori Big Bang menjadi satu teori yang sukar digugat dan pakar-ii menganggapnya sebagai satu pegangan yang diiktiraf dalam ilmu kosmologi moden."Berbalik kepada semua yang dikaji oleh manusia,Mesti ada yang bosan kerana Intan asyik cerita mengenai perkara yang Mengukuhkan Teori Big Bang ini. Sebenarnya, Intan nak beri awak semua melihat betapa Agungnya pencipta kita. Betapa besar KuasaNya."Justeru kenyataan Quran berhubung permulaan alam sememangnya saintifik!Dalam surah Al-Anbiyak ayat 30 Allah berkata, "Apakah orang-ii kafir tidak mengetahui langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu (ratqa) kemudian kami pisahkan antara keduanya (fataq). Dan daripada air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Ayat ini menjelaskan mengenai dua perkara penting.Pertama mengenai asal usul kejadian langit yang pd asalnya bercantum padu sebelum dipisahkan antara kedua-duanya.Kedua ayat ini menjelaskan mengenai hakikat kehidupan air adalah asas bagi segala kehidupan.Tanpanya hidupan tidak akan wujud sama sekali. Terdapat dua perkataan dalam ayat ini yang perlu diberikan  fokus iaitu ratqa dan fataq. Ratqa berasal drpd perkataan rataqa (Arab) yang bermaksud patch up, sew up iaitu ditampal dan dijahit. Ia melambangkan sesuatu yang terhimpun, melekat dan menguncup. Fataq pula bermaksud unsew, unstitch, rip open, tear apart iaitu dibuka, dibelah dan dikoyak. Ia melambangkan sesuatu yang terbuka, terungkai dan mengembang. Berhubung dengan ayat ini, Imam Said bin Jubair berkata, " Langit dan Bumi sebelum ini melekat antara satu sama lain.Apabila langit ditinggikan dan dengan itu zahirlah bumi maka berlakulah pemisahan dan  itulah yang dimaksudkan Allah dalam ayat ini."Antara pakar yang kagum dengan ayat ini ialah Dr.Alfred Kroner (Profesor dalam Bidang Sains Geologi) beliau berkata, "Melihat asal usul Muhammad saya rasa hampir mustahil untuk beliau mengetahui langit dan bumi mempunyai asal usul yg sama.Hal ini disebabkan ilmu mengenainya hanya baru diketahui beberapa tahun baru-ii ini, itupun dengan menggunakan alat-ii yang canggih.Seseorang yang tidak mengetahui tentang ilmu fizik nuklear 1400 tahun dahulu, saya rasa tidak akan mampu mengetahui mengenainya.Akhirnya beliau berkata,"Apabila kita menghimpunkan kesemua kenyataan Quran berkaitan dgn Bumi dan kejadiannya, dan kita kaitkannya dengan sains kita akan mengatakan kenyataan Quran secara dasarnya adalah BENAR.Hal ini dapat dibuktikan dengan menggunakan pendekatan yang saintifik! SubhanAllah. Maha Suci Allah yang telah menciptakan Langit dan Bumi dengan pelbagai uniknya. Hanya Engkau yang mengetahui segala apa yang dighaibkan pada mata kasar manusia. Meneroka Kecemerlangan Quran dari Teropong Sains. Ucaplah SubhanAllah. "Sumber: The National Bestseller, Quran Saintifik" (Dr.Danial Zainal Abidin) Sekian. ^.^ Wsalam

No comments:

Post a Comment